TARIKH    27 APRIL 2016 
HARI  RABU
MASA  10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI 
TEMPAT  DEWAN MAWAR PPD GOMBAK
SASARAN   PENGETUA / GURU BESAR DAERAH GOMBAK 
PEGAWAI MEJA   EN MOHD AMIN BIN JAIS
   PEN PPD ICT PPD GOMBAK

 

TARIKH   24 FEBRUARI 2016 
HARI  RABU
MASA  08.30 PAGI HINGGA 04.30 PETANG
TEMPAT   BILIK MESYUARAT CEMPAKA PPD GOMBAK 
PESERTA   PEN PPD ICT NEGERI SELANGOR BERSAMA UNIT ICT JPN SELANGOR 
PEGAWAI MEJA   EN MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN ABD RADZAZ

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak (PPDG) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1982 di bawah education ordinance 1950 . PPD Gombak mewakili KPM dan JPN Selangor untuk menyelaras semua aktiviti pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah dan menengah dalam daerah Gombak disamping melaksanakan fungsi seperti berikut;

· Melaksanakan dasar pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan

· Menjana kepimpinan yang dinamik, moden, progresif dan penyayang

· Meningkatkan pencapaian yang sesuai dan lebih kondusif

· Menjaga kesejahteraan guru, staf sokongan, murid, ibu bapa dan pelanggan

· Menyediakan sitem pentadbiran yang moden, cekap dan berkesan.

 

       Pada tahun 1987, PPD Gombak mula beroperasi . Oleh kerana tiada bangunan sendiri, PPD Gombak telah ditempatkan di Bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak sehingga tahun 2004. Pada pertengahan tahun 2004, PPDG telah berpindah ke Tingkat 3 Kompleks Selayang Mall. Lokasi baharu ini banyak memberikan keselesaan kepada pelanggan PPD. Namun demikian, Transformasi peranan PPD pada tahun 2013,telah mewujudkan perjawatan baharu iaitu FasiLINUS Bahasa Inggeris, SISC+ dan SiPartner+. Lantaran itu, PPD Gombak telah menambah ruang pejabat dan bilik mesyuarat di tingkat 4 kompleks ini. Pejabat Pendidikan Daerah Gombak juga telah melaksanakan Sistem Pengrusan Kualiti sejak tahun 2004 serta memperolehi sijil SIRIM Qas sehingga kini. Pejabat Pendidikan Daerah Gombak komited dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi .

Pengurusan perkhidmatan pendidikan ini dilaksanakan oleh unit-unit berikut di PPDG;

· Unit Pengurusan Sekolah

· Unit Pengurusan Akademik

· Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

· Unit Pembangunan ,Perolehan dan

. Unit Pengurusan Kualiti

· Unit Psikologi dan Kaunseling

· Unit Pengurusan Maklumat dan

· Unit Kewangan dan Akaun

· Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

 

 Alamat Operasi

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Tingkat 3 Kompleks Selayang Mall Jalan SU 9,

Taman Selayang Utama

68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan.

 

Direktori :

Nombor telefon : 03-6120 3200

Nombor Faks : 03-6138 1997

Subcategories

FaLang translation system by Faboba