TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU GANTI

TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU GANTI SIRI 3/2018
Temuduga tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


TARIKH : 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK


URUSETIA :
1. ENCIK SAKRI BIN SAID
2. PUAN HAJAR BIN MOHD DARUS
3. PUAN ANITA BINTI KAMAL AMAR

SYARAT-SYARAT GURU GANTI
1. Warganegara Malaysia
2. Umur genap 18 tahun pada tarikh Iahir.
3. Kelayakan SPM/STPM/STAM/Diploma Umur 18 - 30 tahun
4. Kelayakan ljazah Sarjana Muda Umur 18 - 35 tahun
5. Kelayakan Akademik SPM/MCE sekurang-kurangnya 4 kredit termasuk Bahasa Melayu (Mesti disemak kelayakan SPM dahulu. Sekiranya mempunyai STPM/STAM/Diploma atau Ijazah, jika kelayakan SPM tidak mencukupi syarat, tidak boleh dilantik).
6. Bagi Pemegang Diploma/Ijazah Sarjana Muda atau Sijil daripada IPTS/Luar Negara (Sila rujuk Laman Web JPA – Klik Pengiktirafan JPA) cetak, disahkan dan kepilkan.

NOTA :
Calon yang berminat sila muat turun borang. Borang yang telah lengkap hendaklah dibawa bersama dengan salinan dokumen yang diperlukan.
1. Calon yang pernah dilantik sila berhubung dengan urusetia untuk sebarang pertanyaan di talian 03-61203200.
2. Sila bawa bersama dokumen penting seperti salinan mykad,sijil-sijil dan lain-lain yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
*Borang dan syarat sila muat turun di menu muat turun.

 

 

Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak akan mengadakan majlis penyerahan surat pemangkuan dan penempatan PPP ke gred 42 KUP yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

            Tarikh : 14 Februari 2017

            Masa : 8: 00 pagi

            Tempat : Kompleks Lincah Mahaguru Omardin Batu Caves Selangor

            Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin

Kehadiran penerima adalah diwajibkan

TARIKH   14/2/2017
HARI  SELASA
MASA  08:00 - 05:00 PETANG 
TEMPAT  KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHARU

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPMhttps://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

        1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

           Telefon (hotline): 03-8321 7138

           E-mel : ldp.bt[@]moe.gov.my

       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

           Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674

           E-mel : helpdesk[@]moe.gov.my

FaLang translation system by Faboba